Baru2 ni aku ada jumpa dgn saudara Niza ni bukan nizar jamaluddin MB perak tu, ni niza NALCO pasal sekarang join ngan nalco org panggil ler Niza NALCO kalau dulu niza KURITA pasal kerja ngan kurita..pic dia tak ada la sorry pasal aku pakai hs cap ayam tak leh nak ambik pic ...hehe.
Ada cerita menarik yg nak di kongsi bersama masa aku duk sembang ngan niza ni berkenaan dgn tips untuk mendapat anak, menurut niza isterinya dah beberapa kali keguguran maknanya tips yg digunakan oleh niza ni berjaya cuma nya memang tak ada rezeki lagi, kalau memang tak lekat tu cerita lain, tapi kalau dah lekat tapi keguguran ni susah cerita sikit laa...
Antara tips yg diberikan oleh niza:-
1. kena banyakkan makan ikan terutamanya ikan selayang dan ikan kembung.
2. kena banyakkan makan tauge kalau boleh makan mentah2 suami/isteri kalau nak masak pon tak per tapi kalau makan mentah2 lagi bagus ni untuk memekatkan air mani.
3. kalau yg lelaki tu jangan pakai seluar dalam ketat.
yang lain2 ada lagi kut lupa lak tapi kalau search kat google banyak lagi tips yg ada tapi ni khas dari niza dan saper2 bermasaalah tu boleh ler amal. Aku lak bermasaalah gak nih anak laki dah tiga org nak merasa gak anak pompuan kalau ada member2 yg ada tips baiik punya tu boleh ler berkongsi ni bukan bermakna aku tak bersyukur dapat anak bersyukur sangat2, cuma nikmat yg Allah taala bagi tu berbagai-bagai ada orang anak perempuan semua ada org lelaki semua ada org anak ramai ada org anak sorang jer maknanya nikmat anak ramai lain sikit berbanding anak sorang begitu lah seterusnya nikmat anak pompuan lain anak laki lain dan aku pun terasa jugak nak rasa nikmat dapat anak pompuan ni jika diperkenankan oleh Allah taala.
Lain2 lagi aku sembang pasal ex-manager dia yg dah kerja kat SABIC saudara fazely, saper yg nak kerja sana boleh ler hantar resume at ibnzahr@addplusresources.com.
Last sekali aku rasa agak terlewat dah tapi tak kira aku nak ucapkan tahniah jugak kat kawan kita saudara nazeri yg mendapat cahaya mata ke-4 baru2 ni (boleh lihat sini)
project lain sekarang ni aku duk menjejaki family aku untuk aku masukkan dalam blog myfamily tak lama lagi so anak2 dan cucu2 aku boleh ler tahu serba sikit salasilah keluarga dia org cumanya duk tengah pikir method salasilah yg nak di pakai tu untuk di masukkan dalam blog tak tahu lagi camner kalau ada idea boleh ler kongsi kay.
thank...














